RSS

Herzberg am Harz Bandar Esperanto


paĝo1 | paĝo2 | paĝo3 | paĝo4 | paĝo5


Bahasa Indonesia

Herzberg am Harz – Bandar Esperanto
 
Latar Belakang
Mengikut keputusan Majlis Perbandaran yang bertarikh 12 Julai 2006, Herzberg am Harz kini menambahkan gelaran rasminya dengan memperggunakan 'Esperanto-urbo' (Esperanto Town). Keputusan itu, disokong oleh kesemua empat parti politik yang mewakili Majlis Perbandaran, diikuti dengan ucapan tahniah kepada Datuk Bandar Gerhard Walter sekalian daripada serata dunia.
 
Bandar-bandar Berkembar
Khususnya, bahasa Esperanto telah berjaya menghidupkan semula perhubungan diantara bandar-bandar berkembar Herzberg dan Góra di Poland. Pada bulan April 2005 Datuk Bandar Gerhard Walter dan Datuk Bandar Tadeusz Wrotkowski bersetuju untuk mempergunakan Esperanto sebagai bahasa pengantaraan mereka. Bahasa Esperanto diajar di dalam sekolah-sekolah yang terletak di kedua-dua bandar ini. Pada bulan Ogos 2006 murid-murid dari sekolah-sekolah di Herzberg dan Gora menggunakan bahasa Esperanto untuk pertemuan pertama mereka di asrama remaja yang berkedudukan di dalam hutan Herzberg-Pöhlde. Pertemuan selanjutnya dengan jangkauan yang lebih besar berkenaan peserta-peserta antarabangsa dijadualkan untuk musim-musim panas yang akan datang.
 
Pengenalan Pelopor Esperanto
Aktiviti Esperanto di Herzberg bermula pada 1960-an ketika Joachim Giessner mulai mengajar bahasa antarabangsa yang neutral ini. Selama 46 tahun beliau kekal sebagai Presiden Persatuan Esperanto Jerman untuk Pekerja-pekerja Keretapi, selama 22 tahun beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Presiden Persekutuan Antarabangsa Esperanto untuk Pekerja-pekerja Keretapi dan juga telah menterjemahkan sekitar 400 buah lagu ke dalam bahasa Esperanto. 

ESPERANTO-URBO © 2008 LA-Arts